Bahan Kitar Semula
Wednesday, 26 April 2017
Bahan kitar semula
KITAR SEMULA
Proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.
GUNA SEMULA
Penggunaan semula produk termasuklah mempelbagaikan penggunaan bahan dalam mengekalkan bentuk asalnya atau sebagai alternatif dengan atau tanpa perubahan. Dalam kebanyakan situasi, bekas-bekas terpakai boleh digunakan semula sebagai pengganti terhadap pembelian produk baru. Sebagai contoh, anda boleh mengecas semula bateri yang boleh dicas semula sekerap mungkin bagi mengelakkan pembaziran sisa pepejal berbanding bateri yang tidak boleh dicas. Seterusnya, ia dapat memastikan kita dapat mengurangkan sisa pepejal serta memelihara sumber asli semula jadi.
JENIS BAHAN KITAR SEMULA
- Kaca
- Kertas
- Logam
- Plastik
- Tekstil
- Elektronik
CARA – CARA UNTUK KITAR SEMULA
1 .Kitar semula barang buangan mengikut jenis barang
Selain barang buangan seperti kertas (surat khabar, kertas-kertas dari pejabat, kertas-kertas dari pencetak, majalah dan risalah), plastik (bekas-bekas minuman, botol-botol sabun, bekas makanan, pembalut makanan, bekas aiskrim dan banyak lagi), logam dan kaca (bekas-bekas jem dan bekas-bekas makanan), barangan lain seperti perabot, barangan elektrik, bahan binaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula tetapi masyarakat kurang peka untuk memulakannya.
2. Beli produk yang boleh dikitar semula
Kita harus membeli barang dalam bekas yang boleh dikitar semula seperti tin, bekas plastik dan bekas kaca.
3. Beli produk yang di buat daripada bahan kitar semula
Anda boleh mengetahui sesuatu produk itu mesra pengguna daripada label produk tersebut.
4. Elakkan dari membeli barangan yang merbahaya
Produk yang mengandungi bahan berbahaya sukar untuk dikitar semula. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan tidak membeli produk yang mengandungi bahan-bahan toksik.
5. Tong kitar semula dan pusat pengumpulan
Kenalpasti lokasi tong kitar semula atau pusat pengumpulan yang berhampiran dengan kawasan anda bagi memudahkan penghantaran barangan kitar semula. Kenali warna tong sampah kitar semula.
Tong warna BIRU - untuk menyimpan kertas
Tong warna COKLAT - untuk menyimpan kaca
Tong warna JINGGA - untuk menyimpan tin aluminium & plastik
KEPENTINGAN KITAR SEMULA
KEPADA ALAM SEKITAR
|
KEPADA MANUSIA
|
|
|
Subscribe to:
Posts (Atom)